Logo Sekolah

Warna Biru ialah warna sekolah yang melambangkan semangat perpaduan yang ingin dipupuk di kalangan murid-murid.

Warna Putih melambangkan kesucian dan keikhlasan hati dalam segala tindak tanduk sama ada dari segi kelakuan, tutur kata dan penulisan.

Warna Merah pada obor melambangkan semangat yang berkobar-kobar dalam apa juga perkara yang dibuat dan tidak mudah kecewa atau mengaku kalah

Objek-objek buku yang terbuka, obor, seorang murid sedang bersedia membuat larian, membawa maksud di samping menimba ilmu pengetahuan, murid-murid juga akan menitikberatkan bidang-bidang lain seperti sukan. Gunting dan alat jangka menunjukkan bahawa di samping pelajaran sastera sekolah juga memberi pengetahuan dari segi sains dan kemahiran-kemahiran lain seperti sains rumahtangga dan seni perusahaan. Obor yang sedang menyala membawa maksud cita-cita yang tidak akan padam malah terus menyala dengan semangat yang kuat.

Motto ‘Menuju Kejayaan’ pula sentiasa mengingatkan kita bahawa apa sahaja yang dilakukan mestilah dengan hati-hati, semangat yang gigih supaya dapat menghasilkan kecemerlangan.